July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

AQUEDUCT

aqueduct.jpg                                 

  • Merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom
  • Penting untuk menjaga taraf kesihatan penduduk Rom. Air tersebut dibawa dari sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan graviti.
  • Aqueduct terpanhang adalah di Marcia, iaitu sejauh 91km dan ia melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
  • Antara aqueduct yang menjadi lambang kemegahan Rom ialah Aqua Claudia

COLLOSEUM

                                   

  • Merupakan binaan berbentuk kubah yang dibina Maharaja Flavian sebagai tempat pahlawan Rom bertarung
  • Colloseum juga berfungsi sebagai teater
  • Dapat memuatkan 50000-80000 orang penonton.

PANTHEON

                                   

  • Merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia
  • Dibina pada zaman Maharaja Hadrian
  • Merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa. Kerja-kerja awam juga dijalankan di situ.
July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Di Rom,sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom,bukan warganegara Rom dan hamba.Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada oang Rom dan bukan warganegara Rom pula ialah penduduk yang ditakluki.

>>PENDUDUK ROM<<

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam tamdun Rom, terdapat 2 orang penulis dan penyajak,iaitu Cicero(106-43 S.M.) dan Virgil(70-19 S.M.).Kesusasteraan Rom umunya bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme.Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar(27-14 S.M.)

 

                     >>>CICERO<<<

 

                           >>VIRGIL<<

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam bidang falsafah, oleh sebab Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak mengambil falsafah daripada Yunani. Umpamanya, falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seorang ahli falsafah Yunani, iaitu Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.

Plato dalam karyanya, Republic membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander the Great pula dalam karyanya telah membincangkan cara berfikir yang teratur.

SOCRATES- Beliau ialah Bapa Falsafah Barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya. Beliau pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau berusaha mencari unsur-unsur dlam kehidupan dan masyarakat bahagia. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengna cara meminum racun. Antara pengikutnya termasuklah Plato.

PLATO- Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.

ARISTOTLE- Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mendalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.

                                           

      Zeno                         Socrates                           Plato                              Aritotle

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga telah disumbangkan oleh tamadun Rom. Bagaimanapun,perkembangan itu bukan digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung,contohnya Boethius,iaitu ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani,beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik,geometri dan astronomi.

       

>>BOETHIUS<<               >>GEOMETRI<<

 

>>ASTRONOMI<<

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam tamadun Rom, pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom. Sebab itulah Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.

Pada peringkat awal perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani. Pusat pentadbiran dan ilmu berkembang dengan pesat di bandar-bandar di seluruh empayar Rom. Pusat pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Pusat pendidikan ini juga telah dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Kegiatan perdagangan yang dijalankan di negara kota dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan kenaikan harga barang.Kesannya,ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tepat lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Rom,iaitu pada tahun 300 S.M.

>>Info Extra<<

Zaman Graeco-Rom

  • Zaman ini jugadikenali sebagai Zaman Hellenistik.
  • Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakt Rom.
July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Zaman perluasan kuasa Rom berlaku mulai tahu 27 S.M.,iaitu pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.Beliau telah berjaya menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya,iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan. Pada zaman pemerintahannya,empayar Rom terdiri daripada Britain,Sepanyol,kawasan Sungai Rhine,Danube,Laut Hitam,Pergunungan Atlas,Afrika Utara,Macedonia,sebahagian Trki dan Palestin.

<<Augustus Caesar

July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam tamadun awal, undang-undang yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis. Undang-undang Rom yang pertama, iaitu Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang awal lahir pada Zaman Republik. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada antaranya yang rumit, Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut walaupun pada masa itu terdapat hakim-hakim yang mahir. Usaha beliau ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527M.. Kod itu juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian dan inti pati undang-undang tersebut masih kekal sehingga kini.

justinian.jpgMAHARAJA JUSTINIAN-Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru, iaitu empayar Byzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M.. Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran.

HUKUM KANUN 12- Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449S.M.. Undang-undang ini kekal selama 400 tahun.

UNDANG-UNDANG ROM- Undang-undang ini terdiri daripada tiga cabang:undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural. Prinsipnya ialah pertama, semua manusia sama di sisi undang-undang. Kedua, seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Ketiga, keadilan terhadap setiap individu. Akhirnya, hukuman berasaskan bukti yang cukup.

July 13th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam tamadun Rom, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M. lagi. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak. Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509S.M..

REPUBLIK– Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh president.

Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak. Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh. Dengan adanya 2 orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara merangka perundangan. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania(Britain), dan beberapa kawasan di Jerman. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau mengusai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran Maharaja.

julius-caesar.jpg JULIUS CAESAR- Beliau lahir pada tahun100S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan. Pada tahun 62S.M., beliau telah dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M., beliau menjadi konsul pula. Beliau berjaya mengisytiharkan dirinya sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompey. Namun, beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompey.

Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M.. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana(Keamanan Rom). Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.