July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam bidang falsafah, oleh sebab Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak mengambil falsafah daripada Yunani. Umpamanya, falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seorang ahli falsafah Yunani, iaitu Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.

Plato dalam karyanya, Republic membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander the Great pula dalam karyanya telah membincangkan cara berfikir yang teratur.

SOCRATES- Beliau ialah Bapa Falsafah Barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya. Beliau pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau berusaha mencari unsur-unsur dlam kehidupan dan masyarakat bahagia. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengna cara meminum racun. Antara pengikutnya termasuklah Plato.

PLATO- Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.

ARISTOTLE- Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mendalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.

                                           

      Zeno                         Socrates                           Plato                              Aritotle

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.