July 15th, 2009 by p4cplteh.ppc@smjk.edu.my

Dalam tamadun awal, undang-undang yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis. Undang-undang Rom yang pertama, iaitu Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang awal lahir pada Zaman Republik. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada antaranya yang rumit, Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut walaupun pada masa itu terdapat hakim-hakim yang mahir. Usaha beliau ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527M.. Kod itu juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian dan inti pati undang-undang tersebut masih kekal sehingga kini.

justinian.jpgMAHARAJA JUSTINIAN-Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru, iaitu empayar Byzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M.. Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran.

HUKUM KANUN 12- Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449S.M.. Undang-undang ini kekal selama 400 tahun.

UNDANG-UNDANG ROM- Undang-undang ini terdiri daripada tiga cabang:undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural. Prinsipnya ialah pertama, semua manusia sama di sisi undang-undang. Kedua, seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Ketiga, keadilan terhadap setiap individu. Akhirnya, hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.